HAND CURSOR

Wednesday, 28 March 2012

Ku Berlari

Berlari aku untuk meleraikan
sesuatu nafas yang telah buntu
harus dileraikan,
persoalan yang memburu
demi jawapan yang tidak pasti,
aku berlari cuba merlepasi sesuatu
atau aku yang dikejar tak menentu,
aku berlari untuk melepaskan diri
atau aku yang hilang arah tuju
aku berlari sendiri
dalam mencari kebebasan hakiki,
sehingga nafas ini belum terhenti lagi,
dan aku berlari lagi,
untuk merasakan ketenangan pada diri,
dan cuba untuk membuangi
segala keresahan dihati ini,
berlari dan terus berlari
supaya hilang segala yang dibayangi,
agar kebahagiaanku
datang menjelma kembali.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Rakan Blogger Ku