HAND CURSOR

Wednesday 4 April 2012

Cinta Pandang Pertama

Sayang,,
semalam saat perkenalan antara kita berdua yang tidak pernah ku duga,
mungkin inilah takdir yang kita cari selama ini,
dan disaat ini juga lah aku memerlukan seseorang insan sepertimu.
Sayang,,
ketahuilah sedikit pun aku tak pernah rasa menyesal dapat mengenalimu
walaupun pada mulanye kau tidak dapat menerima kehadiran ku dalam hidupmu
tapi itu semua tidak menjadi halangan dan rintangan buatku
aku redha dan aku jadi kan itu sebagai pembakar semangatku untuk mengapai cintamu,
dan aku tahu engkau juga mencintai aku seperti mana aku mencintaimu.
Sayang,,
engkaulah insan pertama yang hadir didalam hati ku dikala aku dahagakan cinta dan kasih sayang
dari seseorang yang bergelar kekasih kepada kekasihnya.
aku harap engkau ikhlas dan jujur menerima diriku seadanya,
walaupun diriku diselubungi dengan serba kekurangan dibandingkan dngan dirimu,
tapi aku harap kau akan terima cintaku bukan sekadar zahir.
Sayang,,
aku seakan bermimpi saat sahaja bersama danganmu,
kadang kala ingin aku putarkan semula masa dan saat bersamamu.
dan ketahuilah, aku sentiasa bahagia dengan limpahan kasih dan sayangmu terhadapku,
semoga cinta yang kita semai selama ini akan berakhir dengan kebahagiaan yang tidak terhinga.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entry Rakan Blogger Ku