Pesan buat diri
jangan tersalah memberi hati
pada insan yang tak sudi,
pada insan yang tak mengerti,
kerana sekali kau memberi
selamanya dihati,
sekali kau dilukai
sampai mati kau tetap ingati,
pesan lagi pada diri
berhati-hatilah dalam memberi hati,
sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai,
bertapa tingginya nilai sekaping hati.
Melontar kerikil ke sungai
menciptakan kitaran air,
yang tak henti mencerminkan dirimu
supaya terpadam kenanganmu,
namun tidak luput
biar sebekas mana pun
sebaliknya wajahmu menjadi sejuta ragam.
Melamar rasa,
mengusik juwa,
mempujuk kasih,
menjalin rindu.
Mengintai waktu
kala cinta belum terpisah
ku cuba merubah situasi
dan berlari jauh dari situ,
masih jua kau bermain mesra dimata,
sayangku,
kiranya waktu yang sekejap itu,
menjadi kenangan untuk kita ingati
sepanjang zaman
ingatlah daku..
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2017 Untuk Negeri/Kawasan Seluruh
Malaysia
-
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2017 Untuk Negeri/Kawasan Seluruh
Malaysia
Maklumat dan jadual imsak dan berbuka puasa 2017 ini diperolehi dari
webs...
6 years ago
0 comments:
Post a Comment